Monday, 20 June 2011

bahasa W3mp!Tz

haii assalamualaikum. hehe nampak tak gambar kat bawah ni? mesti dah tau apa aku nak cakap kan? hehe serious! aku kata aku sangat annoying dengan orang yang tak reti nak eja betul2 words yang dah sedia ada. bukan nak menghina atau nak merendah2kan, tapi lu fikir la sendiri!


kita ni dah la dah rosakkan bahasa dengan bahasa rojaknya. memang, aku admit kita tak gune bahasa baku. then, takkan nak tambah lagi dengan rosakkan words? aku sakit mata la weii nak bace untuk sape yang eja words macam kat atas ni. macam menggedik tau? macam ayat rempit pun ade jugak.

aku prefer orang yang gune short form daripada tambah2 words dengan eja ade huruf "W" tu. contoh macam kitewapewdiewkowtyekewjew, blablabla. pastu ade lagi yang tambah "YH" macam adeyh, niyh, dan banyak la. pastu nak lagi hot, orang yang eja name ala2 orang putih gitu! macam name tempat nak eja ala2 tempat orang inggeris macam KEY ELLE (KL) , SIR DUNK (serdang) , CAR JUNK (kajang), adoii tergeliat lidah aku nak membacanye. lagi satu orang yang suke taip huruf besar kecik besar kecik. macam ni, nAmA SaYa aBu BiN aLi. tolong la weii. respect sikit. bukan ke word asal lagi cantik dan sedap mata memandang?

kesian cikgu2 kita kan, penat2 dia ajar kita dengan penuh kasih sayang nak bagi pandai mengeja. alih2 dah besar gajah pun tak reti2 jugak nak mengeja. ish2 kesian korang, lambat pickup agaknye. ;p

tapi ikut suke korang la nak eja macamane pun. hak korang kan? aku cakap je.sape yang makan cili dia terase pedasnya. sape minum kopi dia terase pahitnya.sape pijak kaca dia terasa sakitnya.

sekian, harap maklum. minta maaf kalau terkasar bahasa. :)

No comments:

Post a Comment